Monday, May 18, 2015

Soal Jawab : Aqidah Salaf

Soal Jawab : Aqidah Salaf

Q1. Garis pemisah ulama bermanhaj salaf dan manhaj khalaf. Ibnul Jawzi adakah semua penulisan beliau bermanhaj khalaf. Ibn Qayyim adakah semua buku karangan beliau bermanhaj salaf.
J1. garis pemisah manhaj salaf vs khalaf. ada dua isu: zamani atau era. salaf ialah 300 tahun pertama. khalaf, selepas era 300 tahun. kedua, isu manhaj: manhaji atau metod dalam memahami agama, metod salafiyah, ia berterusan hingga kini atau cara khalafiyah. status kitab2 karya Ibn Jauzi, manhaj salaf dalam hadith, cuma akidahnya dia dalam aliran takwil sama dgn Ibn Hajar asqolani, ilmu hadith dan sunnahnya, dia di atas salaf (lihat kitab, Ibnul Jauzi baina At-Takwiil wa At-Tafwiidh” yang ditulis oleh Ahmad ‘Athiyah Az-Zahrooni, Ibn Qayyim adalah salaf dalam akidah dan kitab2nya kecuali kitab ar-Ruh, ia menggunakan metod khalaf.
Q2. Mengapa banyak buku-buku Ibnu Qayyim dirampas dan dikumpulkan untuk dilupuskan oleh pihak penguasa masa tu (zamannya)
J2. pembakaran buku Ibn qayyim dan OIbn Taymiyah, mmg sahih, ia dilakukan oleh Emir Abdul Qadir bin Muhyidin Al-Husaini Al-Jazairi, w. 1300 H, seorang yg berpengaruh di Syria, ia dari aliran sufi al-hulul atau wehdatul wujud lihat, Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan dalam “Muqaddimah Al-Kalimatuth Thayyib”:
Q3. Jelaskan apa pandangan khalaf dan salaf…dan kenapa perlu ambil pandangan salaf.
J3. pandangan khalaf dan salaf. pandangan salaf dalam akidah:Mereka membiarkan nas-nas sifat sebagimana datangnya tanpa mentahrif, menta’thil serta tanpa mantakyif dan mentamtsil. Mereka mengikuti firman Alloh Ta’ala : “Tiada sesuatu apapun yang serupa dengan Alloh Ta’ala dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Asy Syuraa : 11). pandangan khalaf dalam akidah: mereka menggunakan kaedah takwil dalam memahami nusus, ianya masih dalam lingkungan yg dibenarkan kerana mereka masih menundukkan akal di bawah wahyu (Dr Qardhawi, akidah salaf dan khalaf) kenapa perlu ambil pandangan salaf, kerana mereka adalah sebaik2 generasi dan metod mereka adalah sebaik2 metod
Q4. Terangkan perbezaan di antara tareqat Nabi-nabi dan tareqat2 sufi-sufi. Dr aspek sejarah dan ajaran?
J4. perbedzaan tareqat Nabi vs tareqat sufi. Tareqat nabi adalah sunnah yg ditinggalkann, tareqat hanya muncul di abad ke 5. ia muncul sempena ajaran abdul qadir jilani, ar-rafa’iy, al-junaid dan Imam ghazali. sebab lahir tareqat kerana kemakmuran luar biasa yg dinikmati selepas keluasan empayar Islam, maka umat islam menjadi alpa akan akhirat, maka tareqat muncul utk membawa balik manusia kpd agama dari kemewahan dunia yg melimpah
Q5.definisi manhaj,salaf,khalaf..mostly fundamental akidah salaf ni..saya baru nak mula jadi tokoh2 dan buku2 yg di mention saya tak tahu..minta maaf..
J5. definasi manhaj=metod atau jalan atau sistem. salaf=generasi pertama, kedua dan ketiga islam yg dikenali dgn zaman sahabat, tabi’iin dan tabi’ tabi’ien, atau dalam lingkungan 300 hijrah, mereka paling bersih agama akidah dan manhaj khalaf, generasi selepas 300 hijrah, mereka tergugat kerana kemunculan mazhab akidah yg sesat spt khawarij, muktazilah, jahmiah, syiah danqadariah, fundamental akidha salaf ialah akidahnya, yakni tanpa takwil menetapkan sifat Allah sbagaimana yang Dia sendiri tetapkan, khalaf, mereka mentakwil kerana berhadapan dgn ancaman kumpulan sesat dalam akidah.
Q6. manhaj imam 4 mazhab yang sebenarnya bermanhaj mcm mana? Boleh bagi rujukan kitab kalau ada..
J6. manhaj empat imam. Istilah Imam Empat merujuk kpd:
1. Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit rh, dari Kufah, Irak (hidup th 80 H – 150 H).
2. Imam Malik bin Anas rh, dari Madinah (hidup th 93 H – 179 H)
3. Imam Syafi’i Muhammad bin Idris rh, lahir di Ghazza, ‘Asqalan, kemudian pindah ke Mekkah. Beliau bersafar ke Madinah, Yaman dan Irak, lalu menetap dan wafat di Mesir (hidup th 150 H – 204 H).
4. Imam Ahmad bin Hanbal rh dari Baghdad, ‘Irak (hidup th 164 H – 241 H).
Akidah mereka: mereka menganut akidah salaf. Akidah empat Imam ini dibuktikan kesalafian mereka oleh Dr Muhammad bin Abdul Rahman alKhumais dan diedarkan percuma kepada semua bakal haji yang tiba di Saudi setiap musim haji dalam bahasa masing-masing. kitab itu ialah ‘I’tiqad Aimmatil Arba’ah (Akidah Empat Imam Madzhab). akidah mereka, tanpa takwil
Q7. Kenapa boleh ada manhaj khalaf? Manhaj Khalaf yang meletakkan manhaj mereka termasuk didalam Aswj, dan bukan kah aswj itu manhaj salaf?
J7. kenapa ujudnya manhaj khalaf. Manhaj ASWJ ada dua: manhaj salaf + manhaj khalaf. Tidak boleh mengeluarkan khalaf dari ASWJ kerana berbedza dalam ijtihad. Ujudnya manhaj khalaf kerana kemunculan aliran akidah baru di abad ke 3 hijrah, spt syiah, khawarij, Muktazilah, jahmiyah, Qadariah dan mujassimah. Manhaj ni diasaskan oleh Imam abul Hasan al-Asya’ari dan Imam Maturidi.
Q8. (sekadar tambahan kpd soalan #4..boleh dijawab bersekali..jika berkaitan dgn bilik 21) apakah itu tarekat? Dan berapa banyak tarekat ada di nusantara ni? Mana yg betul mana yg menyimpang? Apa definisi tarekat sufi dan tarekat nabi?
J8. apa itu tareqat dan mana tareqat yg sahih di nusantara. Tareqat datang dari kalimah tareq atau jalan. maksudnya suatu jalan utk melaksanakan ajaran agama Islam melalui cara bimbingan dalam kumpulan di bawah panduan mursyid atau syaikh atau wali. Ia mengamalkan beberapa disiplin dan ritual seputar pembacaan hizib, atau wirid yang dikarang oleh syaikh tareqat tsb. Tareqat nusantara yg bergabung dengan NU atau nahdatul ulama menjadi kesatuan tareqat nusantara berjumlah 44 semuanya. Kesemua tareqat 44 ni tidak lagi menepati ajaran islam kerana mereka memiliki sistem akidah, tafsir AQ, uloom hadith dan ritual yg tersendiri
Q9. bagaimana pula dengan yang manhaj salaf, tapi ada ciri2 ikhwan muslimin (menentang pemerintah).. ke yg ni termasuk dlm khalaf?
J9. Kedudukan Ikhwan. Ikhwan adalah gerakan islam atau jamaah islamiah yg diasaskan oleh syaikh Hasan al-Banna pada tahun 1928. Maka ia bukan salaf, bahkan khalaf dan gerakan Islam Kontemporer, tak ada kaitan dengan salaf. Ikhwan adalah gerakan siasah dan berusaha mengambil alih kuasa di negara2 OIC.
Q10. Kenapa perlu aqidah Salaf.. boleh tak panggil aqidah Islam sahaja ?
J10. kenapa dinamakan akidah salaf. Sebab perpecahan aliran salaf pada abah ke 3, di mana Imam abulhasan asya’ari dan Imam Maturidi memisahkan diri dari aliran salaf atau aliran sunnah dengan mengambil kaedah muktazilah dan falsafah urk membendung penguasaan muktazilah sebagai mazhab resmi abbasiah dan ancaman Jahmiyah + Mujassimah. Maka sejak itu penjenamaan semula menjadi akidah salafi dan akidah ASWJ. akidah salafi adalah ahli hadith, dan akidah ASWJ adalah akidah khalaf
Q11. Apa kepentingan belajar aqidah melalui manhaj salaf dan khalaf kepada ummah ?
J11. Kepentingan mengajar melalui akidah salaf dan khalaf. akidah salaf perlu dipelajari kerana itulah cara salaf mengaji tauhid, manakala mengaji cara khalaf adalah metod utk menghadapi kaum ateis, free thinker, liberal dan antihadith atau kaum kafir.
Q12. Adakah tauhid 3 dikenali pelopor atau pengarangnya sebagaimana tauhid sifat 20?
J12. asal usul tauhid tiga. Tauhid 3 dikatakan ciptaan syaikhul Islam Ibn Taymiyah adalah omongan dari musuh2 salafiyah, antaranya Aswaja Malaysia. yg sahih ia tercetus dari Imam abu Hanifah”: Al-Imam Abu Hanifah An-Nu’man bin Tsabit Al-Kufi rahimahullah (w. 150 H) berkata,
والله تعالى يدعى من أعلى لا من أسفل لأن الأسفل ليس من وصف الربوبية والألوهية في شيء
“Allah ta’ala diseru sedang Dia berada di atas bukan di bawah, karena posisi bawah bukanlah bagian dari sifat rububiyah dan uluhiyah sedikitpun Ruj: Al-Fiqhul Abshath, hal. 51, sebagaimana dalam ‘Aqooidul Aimmah Al-Arba’ah fit Tauhid, Dr. Muhammad bin AbdurRahman Al-Khumais , hal. 5. Juga dalam kitab akidah tohawiah abu jaafar atThahawi, w.321H.


Tuesday, May 12, 2015

analogi akidah

By..Ustaz Azril Ismail

Saya nak ajak kawan kawan semua fikir tentang masalah aqidah yang mungkin di alami oleh kita di Nusantara

Cara kita guna akidah

Analoginya..

akal dan otak.

kita ada otak dan akal tetapi kenapa..

ada yang lebih pandai dari kita dan lebih banyak ilmu dan tahunya dari kita..

otak dan akal

yang sama ada orang hisap dadah dan mabuk mabuk

apa masalah otak dan akal yang ambil dadah dan mabuk arak ni..

begitulah yang akan jadi kalau kita ada masalah dengan akidah kita.

Semua orang ada Tuhan masing masing...

Tuhan yang dipercayai ikut faham akal masing masing

Tuhan yang kita mahu tunduk kerana hebatnya..

Tuhan yang kuasanya tiada tandingan

Apabila kita tanya ada tak tuhan yang saya cakap seperti diatas 👆

Apa jawapan anda ?

Ada Tak ?

ada tak dalam bilik ni kata tak ada ?

baik.. jika ada yang kata tak ada .. itu masalah no 1.

masalah no 1 selesai dalam bilik ni Insya Allah

baik.. Tuhan yang Ada..ni

Siapa pernah tengok, dengar, bau dan rasa (dengan sentuhan) ?

Siapa pernah ?

Ada yang pernah jawab ye..

baik jika ada yang pernah dia ada masalah akidah..

Selesai masalah no 2 Insya Allah

yang tak pernah dilihat, didengar, dibau dan dirasa dengan sentuhan ini..

menamakan salah satu namaNya dengan Allah.

Dan beritahu bahawa Dia SATU.

Siapa nak argue ?

ada tak nak bantah dalam bilik ni..

ada ke tak de..

Semua setuju dengan apa yang dikatakan olehNya ?

Setuju ?

Setuju
baik.. kalau tak setuju dia ada masalah akidah..

Ahad.

kalau taknak guna satu. guna Ahad

bukan hari Ahad

Allah itu Ahad

Selesai masalah akidah no 3..

jap nak bekam patient..

Nak tanya ada tak yang nak argue..

Kalau ALLAH YANG SATU..

beritahu

Dia istiwa' atas Arasy..

ada nak argue ?

Istiwa' dari segi makna salaf apa?

bagaimna pula yg di mulutnYa tidak menyangkal. tetapi di dasar hatinya sebaliknya

dalam hati pulang pada Allah.. kalau macam tu rmai yang tak sah akad nikah heheheeh

Definisi istiwa' tu mohon jasa baik syaikh AI cerahkan

bertakhta bahasa melayu.. jangan tanya apa pulak..

saya dah cakap bahasa Melayu

bertakhta
siapa tanya bertaktha macam mana.. ?

Masa Allah firman KUN tu Allah bgtau kpd siapa?

baik.
Pn Ainal nanti paste ayat AQ ada "Kun" berapa banyak.. ?

hmm ? kumpul dulu then tanya..

Nak tanya ada tak yang nak argue..

Kalau ALLAH YANG SATU..

beritahu

Dia istiwa' atas Arasy..

ada tak ?

Kalau ada, dia ada masalah akidah.

Alhamdulillah selesai satu masalah akidah. İnsya Allah.

Next

Allah yang Satu, yang beristiwa' atas Arasy.

Kata

Solat 5 waktu itu diperintahkan pada yang yakin adanya Allah swt.

yang tak buat solat 5 waktu.ni Dia Marah/Murka yang amat amat amat sangat..

Siapa nak argue ?

Allah tu ada, solat / doa pada Allah sekarang..

Allah yang Satu, yang beristiwa' atas Arasy.

Kata

Solat 5 waktu itu diperintahkan pada yang yakin adanya Allah swt.

yang tak buat solat 5 waktu.ni Dia Marah/Murka yang amat amat amat sangat..

Siapa nak argue ?


Allah tu ada, solat / doa pada Allah sekarang..

kamu kata Dia dimana2 atau Dia di Arasy..

Allah itu Ada, solat / doa pada Allah sekarang..

Aqidah yanh sahih akan bawa kepada Solat.dan Doa...

kalai cuai Solat..

itulah tanda dia rasa Allah swt tak Ada..

berani dia..

Ada pakcik penyapu sampah kat sekolah ni dah 2 minggu tak kerja.. tahu tak apa alasannya ?

Dia tak tahu nak eja nama pengetua Osman ke Usman..

dia tak cukup kenal pengetua, so tak payah la datang kerja

Ingat dia sakit....

so tak cukup kenal Allah bukan alasan tak solat

Solat dan Doa pada Allah swt itulah orang yang kenal Allah swt..

Selepas bersyahadah.. terus solat.. terus doa..

buku akidah dibawa 1000 ekor.keldai.pun kalau solat nya cuai..

apa manfaat ilmu akidahnya

mengucap syahadah balik heheheh

Syahadatain.

Tiada ilah kecuali Allah
Muhammad itu Rasul Allah.

Ar Risalah segala yang ALLAH nak manusia buat untuk diSukai oleh Allah swt

yang baik Risalah RasulNya.. siapa RasulNya yang terakhir Muhammad saw.

Syahadatain.

Tiada ilah kecuali Allah

Muhammad itu Rasul Allah.

Ar Risalah segala yang ALLAH nak manusia buat untuk diSukai oleh Allah swt

yang baik Risalah RasulNya.. siapa RasulNya yang terakhir Muhammad saw.

Syahadatain.

Tiada ilah kecuali Allah
Muhammad itu Rasul Allah.

Ar Risalah segala yang ALLAH nak manusia buat untuk diSukai oleh Allah swt

[Forwarded fromAzril Ismail]
yang baik Risalah RasulNya.. siapa RasulNya yang terakhir Muhammad saw.

ustaz blh terangkan sikit bagaimna utk kita mmperbaiki msalah yg ke5 tuu

kalau saya ajar nanti orang kata saya buat bid'ah..

Cuba halang hidung dan mulut anda ikut.perintah Allah swt untuk.bernafas..

begitulah anda kena bayangkan, bila anda halang anggota badan anda bersolat..

hehehe maqasid akidah.. yang saya buat ni.. cara orang Melayu belajar masak resipi turkey.. guna bahasa orang kampung yang bela ayam di HILIR PERAK.

belajar akidah dengan.bahasa harian

KELAS 1 NOTA 1-12

 kitab kullu bid'atin dholalah.
Mohamad Fahmi Al-Urduniy As-Salafiy
  • Takwil Sifat Allah Taala serta menta'tilkannya dan takwilan itu menyebab makna yg sebenar itu semakin jauh dari yg telah ada dalam alKitab dan as Sunnah.
  • Itu adalah sebesar2 bid'ah kerana mentahrifkan makna Allah tanpa mendatangkan dalil.Cth : istiwa Allah ditukar kepada istila'.
  • Nuzul Allah ditukar kepada rahmat Allah atau perintah Allah. Itu adalah takwilan yg salah.
  • Kita sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah hendaklah menetapkan bahawa itu adalah sifat2 Allah yg Allah dan RasulNya memberitahu kepada kita melalui alQuran dan Hadis.
  • Jika Ahlu bida' kata ia akan menyerupai makhluk maka kita sebagai ahlus sunnah ada bukti bahawa istiwa Allah, nuzul Allah, wajah Allah, tangan Allah dan lain2 tidak sama dengan makhluk berdalilkan Surah as syura ayat 11

ليس كمثله شيء وهو السميع البصير
Wallahu A'lam

  • istilah salaf dan khalaf yang digunakan oleh para ulama' secara sepakat sebelum kemunculan golongan ini adaah:
  • Salaf: Generasi yang hidup dalam kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah, atau sehingga kurun kelima hijrah. Paling kuat adalah, sehingga kurun ketiga hijrah.
  • Khalaf: Generasi yang hidup setelah kurun ketiga atau kelima hijrah.

  • Maka, istilah salaf dan khalaf dalam penggunaan asal para ulama' tidak pernah bermaksud suatu perbezaan manhaj, tetapi lebih berbentuk perbezaan tempoh masa. Sehinggalah muncul golongan yang mengaku sebagai salafi ini, yang padahal meneruskan semangat Ibn Taimiyyah yang sering mengaku lebih memahami salaf berbanding ulama'-ulama' lain sebelumnya atau sezaman dengannya khususnya dari kalangan Asya'irahyang dianggap kurang memahami manhaj salaf, lalu memulakan usaha menamakan diri sebagai salafi lalu menamakan selain mereka sebagai khalafi.

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله، نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، نشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ونشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم.

  • Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari kebirukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya, sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.

قال الله تعالى : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ) [آل عمران : 102]

  • Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

قال الله جل وعلا : (ِيَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا)[ النساء : 1]

  • Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

قال جل ثنائه : (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا * يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا)[ الأحزاب : 70-71]
  • Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.أما بع


فإن خير الحديث كتاب الله جل وعلا، وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.

  • Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم), seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan, setiap yang diada-diakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya di neraka.وبعد


Buku yang akan dibincangkan adalah Pegangangan Ahlus Sunnah (اعتقاد أهل السنة) karangan al-Hafiz Abi Bakr al-Isma'iliy rahimahullah.

Beliau ialah al-Imam, al-Hafiz, al-Hujjah, al-Faqih, Syaikh al-Islam, Abu Bakr Ahmad bin Ibraheem bin Isma'il bin al-'Abbas, al-Jirjani al-Isma'iliy, asy-Syafi'ie, pemilik (as-Sohih)المستخرج على صحيح البخاري, Syaikh asy-Syafi'iyyah.

Dilahirkan pada tahun 277.

Meninggal pada tahun 371.

Saat Syaikh Abu Bakr al-Isma'iliy meninggal, beliau berumur 94 tahun.

(Siyar A'lam an-Nubala' Imam az-Zahabi rah)

Aqidah rahimahullah :
al-Hafiz Abu Bakr al-Isma'iliy Salafiy al-i'tiqad, berpegang teguh diatas jalan Ahli Hadis dan Ahli Athar.

  • Kenapa mesti berpegang kepada Aqidah Salaf?
  • Aqidah Salaf adalah aqidah yang diajarkan oleh Nabi kita.

قال الله تعالى : (وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ) [التوبة : 100]

  • Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
  • Mu'awiyah bin al-Hakam as-Sulami radhiallahu'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bertanya kepada seorang hamba wanita (جارية) :

  • Di mana Allah? Kata Jariah : Di Langit. Siapa aku? Kata Jariah : Engkau Rasulullah. Sabda Baginda : Bebaskanlah dia sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman.Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim. No 1199
Info tentang ustaz...
Pada mulanya ana masuk geng Qasidah. Menjadi second singer dalam geng tu. Dalam masa yang sama ana belajar Kitab soal jawab dengan Syaikh Aslam (Ahbash). Kemudian, pada kelas ke 5 @ 6 Syaikh menyebut Ibn Qayyim Mujassimah.Ana jadi tidak senang duduk. Bermula dari itulah datanglah persoalan dalam fikiran. Betul ke Ibn Qayyim mujassimah?Ana bertanya kepada beberapa orang senior mengenai ini dan mereka menafikan. Selepas diterangkan, ana mula beralih dan meninggal geng tersebut.

Kita mulakan point didalam kitab.

1) Menetapan beriman kepada Allah, dan Malaikat-Nya، Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya.

2) Membenarkan apa yang dikatakan di dalam al-Quran, dan apa yang sohih pada yang meriwayatkan dari Rasulullah (صلى الله عليه وسلم).

3) Mempercayai/beriktiqad bahawa Allah (تعالى) dipanggil dengan Nama2-Nya yang Baik2 (الحسنى)

قال الله عز وجل : ( وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ )[الأعراف : 180]

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.

  • Yang disifatkan kepada-Nya dengan sifat-sifat yang Dia sendiri namakan dan sifatkan kepada-Nya sendiri dan disifatkan kepada-Nya oleh Nabi-Nya (صلى الله عليه وسلم).
  • Aqidah Salaf dia menetapkan tanpa takwil dalam bab ini.
  • Sifat-sifat Allah seperti Turun, Wajah, Tangan, Istiwa' dll

4) Diciptakan Adam (عليه السلام) dengan tangan-Nya.

قال الله عز وجل : (قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ ۖ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ)[ص : 75]

Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? "

  • Tangan itu tangan. kita tetapkan tanpa takwil.
  • Bagaimana Allah ciptakan Nabi Adam?
  • Dengan cara Allah. Tanpa perlu kita membagaimanakan

5) Kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah).
  • Tanpa perlu membagaimanakan. Tnpa perlu memikirkan cara. Serah kepada Dia.
  • قال الله عز وجل : (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ)[المائدة : 63]
  • Bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki.

6) Sesungguhnya Allah beristiwa' diatas Arasy tanpa membagaimanakan istiwa' Allah itu.

قال الله عز وجل :(الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ)[طه : 5]

(Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

قال الله عز وجل :(هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ)[البقرة : 29]

Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

7) Sesungguhnya Dialah pemilik makhluk-Nya, dan menjadikan makhluk2 bukan bererti Dia berhajat kepada apa yang diciptaan-Nya, bukan bermakna Dia menyeru kepada ciptaan-Nya, akan tetapi Dia menjadikan sepertimana yang Dia kehendaki. Dan memerintahkan apa yang Dia kehendaki,

قال الله عز وجل :(لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلَُ)[الأنبياء : 23]
Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan.
  • Dan makhluknya, mereka akan ditanya dari apa yang telah mereka lakukan.
قال الله عز وجل :(لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ)[الأنبياء : 23]
Dan makhluknya, mereka akan ditanya dari apa yang telah mereka lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.

8) Sesungguhnya Dia diseru dengan Nama-namaNya yang baik (الحسنى), disifatkan kepada-Nya dengan sifat-sifat yang Dia sendiri namakan dan sifatkan kepada-Nya sendiri dan dinamakan kepada-Nya dan disifatkan kepada-Nya oleh Nabi-Nya (صلى الله عليه وسلم).
lebih kurang yang diatas.

9) Tidak ada sesuatupun yang di bumi mahupun di langit yang boleh melemahkan Allah.

قال الله عز وجل :(وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعْجِزَهُ مِنْ شَيْءٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ ۚ)[فاطر : 44]
Tidak ada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah baik di langit mahupun dibumi

10) Tidak menyifatkan kepada Allah dengan apa pada sifat itu terdapat kekurangan atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya Allah bersifat sempurna.

1) Diciptakan Adam (عليه السلام) dengan tangan-Nya. Tanpa membagaimanakan.
  • Seperti yang telah di terangkan diatas.
12) Lebih kurang yang di nombor 2 dan 5.

Cukup setakat ini dahulu.
Wallahu Ta'ala A'lam.

Soalan/jawapan/komen

  • Bagaimana mulanya mereka mentakwil sifat allah yg diterangkan di atas
  • Abul Hasan al-Asy'ari rahimahullah mentakwilkan kerana ingin melawan golongan muktazilah pada zamannya. sedangkan yang ana lihat sekarang, golongan yang mentakwil ini ingin melawan golongan yang menetapkan sifat2 Allah.
  • Soalan: Maka itu sahaja kan. Jadi pengalaman ust dulu bersama mereka. Mngapa terlalu kuat pegangn mereka ttg takwil spt yg diajar dlm bab sifat 20....Jawapan: yang ana tahu Mereka terlalu memikirkan cara itu...Wallahu A'lam.
  • mereka fikir seolah2 dengan tidak mentakwil itu mereka akan menjisimkan Allah... sedangkan penafian Allah itu sama seperti makhluk ada disebut dalam al-Quran.
  • ليس كمثله شيء وهو السميع البصير Ana belajar di kias. Ada ust mgkin aqidah salaf sbb ust ni bljr di madinah. Tp bila pljr tnye ttg ilmu sifat 20. Ust jwb bagi ana. Dua2 boleh. Asal jgn baloh. Apa pndapat ust dlm hal keterbukaan ini
Rujukan lain selain kitab utama
Sahih al-Bukhari
Sahih Muslim
Orang kata Wahabi ialah.. (MHN)
  • Aqidah Salaf dia menetapkan tanpa takwil dalam bab ini....yup..Terus faham bahawa berkuasa dgn sebenar benar kuasa.Kami dengar, membenarkan, kami terima dan taat lagi patuh..
  • Kalau yang ada duit lebih tu, boleh beli buku karangan sahabat baik ana yang tak pernah jumpa tapi rapat disebabkan semanhaj. yaitu Cikgu Hairi Nonchi.