Soal Jawab : Aqidah Salaf
Q1. Garis pemisah ulama
bermanhaj salaf dan manhaj khalaf. Ibnul Jawzi adakah semua penulisan
beliau bermanhaj khalaf. Ibn Qayyim adakah semua buku karangan beliau
bermanhaj salaf.
J1. garis pemisah
manhaj salaf vs khalaf. ada dua isu: zamani atau era. salaf ialah 300
tahun pertama. khalaf, selepas era 300 tahun. kedua, isu manhaj: manhaji
atau metod dalam memahami agama, metod salafiyah, ia berterusan hingga
kini atau cara khalafiyah. status kitab2 karya Ibn Jauzi, manhaj salaf
dalam hadith, cuma akidahnya dia dalam aliran takwil sama dgn Ibn Hajar
asqolani, ilmu hadith dan sunnahnya, dia di atas salaf (lihat kitab,
Ibnul Jauzi baina At-Takwiil wa At-Tafwiidh” yang ditulis oleh Ahmad
‘Athiyah Az-Zahrooni, Ibn Qayyim adalah salaf dalam akidah dan kitab2nya
kecuali kitab ar-Ruh, ia menggunakan metod khalaf.
Q2. Mengapa banyak buku-buku Ibnu Qayyim dirampas dan dikumpulkan untuk dilupuskan oleh pihak penguasa masa tu (zamannya)
J2. pembakaran buku Ibn
qayyim dan OIbn Taymiyah, mmg sahih, ia dilakukan oleh Emir Abdul Qadir
bin Muhyidin Al-Husaini Al-Jazairi, w. 1300 H, seorang yg berpengaruh
di Syria, ia dari aliran sufi al-hulul atau wehdatul wujud lihat, Syaikh
Al-Albani rahimahullah mengatakan dalam “Muqaddimah Al-Kalimatuth
Thayyib”:
Q3. Jelaskan apa pandangan khalaf dan salaf…dan kenapa perlu ambil pandangan salaf.
J3. pandangan khalaf
dan salaf. pandangan salaf dalam akidah:Mereka membiarkan nas-nas sifat
sebagimana datangnya tanpa mentahrif, menta’thil serta tanpa mantakyif
dan mentamtsil. Mereka mengikuti firman Alloh Ta’ala : “Tiada sesuatu
apapun yang serupa dengan Alloh Ta’ala dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Melihat”. (Asy Syuraa : 11). pandangan khalaf dalam akidah: mereka
menggunakan kaedah takwil dalam memahami nusus, ianya masih dalam
lingkungan yg dibenarkan kerana mereka masih menundukkan akal di bawah
wahyu (Dr Qardhawi, akidah salaf dan khalaf) kenapa perlu ambil
pandangan salaf, kerana mereka adalah sebaik2 generasi dan metod mereka
adalah sebaik2 metod
Q4. Terangkan perbezaan di antara tareqat Nabi-nabi dan tareqat2 sufi-sufi. Dr aspek sejarah dan ajaran?
J4. perbedzaan tareqat
Nabi vs tareqat sufi. Tareqat nabi adalah sunnah yg ditinggalkann,
tareqat hanya muncul di abad ke 5. ia muncul sempena ajaran abdul qadir
jilani, ar-rafa’iy, al-junaid dan Imam ghazali. sebab lahir tareqat
kerana kemakmuran luar biasa yg dinikmati selepas keluasan empayar
Islam, maka umat islam menjadi alpa akan akhirat, maka tareqat muncul
utk membawa balik manusia kpd agama dari kemewahan dunia yg melimpah
Q5.definisi
manhaj,salaf,khalaf..mostly fundamental akidah salaf ni..saya baru nak
mula jadi tokoh2 dan buku2 yg di mention saya tak tahu..minta maaf..
J5.
definasi manhaj=metod atau jalan atau sistem. salaf=generasi pertama,
kedua dan ketiga islam yg dikenali dgn zaman sahabat, tabi’iin dan tabi’
tabi’ien, atau dalam lingkungan 300 hijrah, mereka paling bersih agama
akidah dan manhaj khalaf, generasi selepas 300 hijrah, mereka tergugat
kerana kemunculan mazhab akidah yg sesat spt khawarij, muktazilah,
jahmiah, syiah danqadariah, fundamental akidha salaf ialah akidahnya,
yakni tanpa takwil menetapkan sifat Allah sbagaimana yang Dia sendiri
tetapkan, khalaf, mereka mentakwil kerana berhadapan dgn ancaman
kumpulan sesat dalam akidah.
Q6. manhaj imam 4 mazhab yang sebenarnya bermanhaj mcm mana? Boleh bagi rujukan kitab kalau ada..
J6. manhaj empat imam. Istilah Imam Empat merujuk kpd:
1. Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit rh, dari Kufah, Irak (hidup th 80 H – 150 H).
2. Imam Malik bin Anas rh, dari Madinah (hidup th 93 H – 179 H)
3. Imam Syafi’i Muhammad bin Idris rh, lahir di Ghazza, ‘Asqalan, kemudian pindah ke Mekkah. Beliau bersafar ke Madinah, Yaman dan Irak, lalu menetap dan wafat di Mesir (hidup th 150 H – 204 H).
4. Imam Ahmad bin Hanbal rh dari Baghdad, ‘Irak (hidup th 164 H – 241 H).
Akidah mereka: mereka menganut akidah salaf. Akidah empat Imam ini dibuktikan kesalafian mereka oleh Dr Muhammad bin Abdul Rahman alKhumais dan diedarkan percuma kepada semua bakal haji yang tiba di Saudi setiap musim haji dalam bahasa masing-masing. kitab itu ialah ‘I’tiqad Aimmatil Arba’ah (Akidah Empat Imam Madzhab). akidah mereka, tanpa takwil
1. Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit rh, dari Kufah, Irak (hidup th 80 H – 150 H).
2. Imam Malik bin Anas rh, dari Madinah (hidup th 93 H – 179 H)
3. Imam Syafi’i Muhammad bin Idris rh, lahir di Ghazza, ‘Asqalan, kemudian pindah ke Mekkah. Beliau bersafar ke Madinah, Yaman dan Irak, lalu menetap dan wafat di Mesir (hidup th 150 H – 204 H).
4. Imam Ahmad bin Hanbal rh dari Baghdad, ‘Irak (hidup th 164 H – 241 H).
Akidah mereka: mereka menganut akidah salaf. Akidah empat Imam ini dibuktikan kesalafian mereka oleh Dr Muhammad bin Abdul Rahman alKhumais dan diedarkan percuma kepada semua bakal haji yang tiba di Saudi setiap musim haji dalam bahasa masing-masing. kitab itu ialah ‘I’tiqad Aimmatil Arba’ah (Akidah Empat Imam Madzhab). akidah mereka, tanpa takwil
Q7. Kenapa boleh ada manhaj
khalaf? Manhaj Khalaf yang meletakkan manhaj mereka termasuk didalam
Aswj, dan bukan kah aswj itu manhaj salaf?
J7. kenapa ujudnya
manhaj khalaf. Manhaj ASWJ ada dua: manhaj salaf + manhaj khalaf. Tidak
boleh mengeluarkan khalaf dari ASWJ kerana berbedza dalam
ijtihad. Ujudnya manhaj khalaf kerana kemunculan aliran akidah baru di
abad ke 3 hijrah, spt syiah, khawarij, Muktazilah, jahmiyah, Qadariah
dan mujassimah. Manhaj ni diasaskan oleh Imam abul Hasan al-Asya’ari dan
Imam Maturidi.
Q8. (sekadar tambahan kpd soalan
#4..boleh dijawab bersekali..jika berkaitan dgn bilik 21) apakah itu
tarekat? Dan berapa banyak tarekat ada di nusantara ni? Mana yg betul
mana yg menyimpang? Apa definisi tarekat sufi dan tarekat nabi?
J8. apa itu tareqat dan
mana tareqat yg sahih di nusantara. Tareqat datang dari kalimah tareq
atau jalan. maksudnya suatu jalan utk melaksanakan ajaran agama Islam
melalui cara bimbingan dalam kumpulan di bawah panduan mursyid atau
syaikh atau wali. Ia mengamalkan beberapa disiplin dan ritual seputar
pembacaan hizib, atau wirid yang dikarang oleh syaikh tareqat
tsb. Tareqat nusantara yg bergabung dengan NU atau nahdatul ulama
menjadi kesatuan tareqat nusantara berjumlah 44 semuanya. Kesemua
tareqat 44 ni tidak lagi menepati ajaran islam kerana mereka memiliki
sistem akidah, tafsir AQ, uloom hadith dan ritual yg tersendiri
Q9. bagaimana pula dengan yang
manhaj salaf, tapi ada ciri2 ikhwan muslimin (menentang pemerintah).. ke
yg ni termasuk dlm khalaf?
J9. Kedudukan
Ikhwan. Ikhwan adalah gerakan islam atau jamaah islamiah yg diasaskan
oleh syaikh Hasan al-Banna pada tahun 1928. Maka ia bukan salaf, bahkan
khalaf dan gerakan Islam Kontemporer, tak ada kaitan dengan salaf.
Ikhwan adalah gerakan siasah dan berusaha mengambil alih kuasa di
negara2 OIC.
Q10. Kenapa perlu aqidah Salaf.. boleh tak panggil aqidah Islam sahaja ?
J10. kenapa dinamakan
akidah salaf. Sebab perpecahan aliran salaf pada abah ke 3, di mana Imam
abulhasan asya’ari dan Imam Maturidi memisahkan diri dari aliran salaf
atau aliran sunnah dengan mengambil kaedah muktazilah dan falsafah urk
membendung penguasaan muktazilah sebagai mazhab resmi abbasiah dan
ancaman Jahmiyah + Mujassimah. Maka sejak itu penjenamaan semula menjadi
akidah salafi dan akidah ASWJ. akidah salafi adalah ahli hadith, dan
akidah ASWJ adalah akidah khalaf
Q11. Apa kepentingan belajar aqidah melalui manhaj salaf dan khalaf kepada ummah ?
J11. Kepentingan
mengajar melalui akidah salaf dan khalaf. akidah salaf perlu dipelajari
kerana itulah cara salaf mengaji tauhid, manakala mengaji cara khalaf
adalah metod utk menghadapi kaum ateis, free thinker, liberal dan
antihadith atau kaum kafir.
Q12. Adakah tauhid 3 dikenali pelopor atau pengarangnya sebagaimana tauhid sifat 20?
J12. asal usul tauhid
tiga. Tauhid 3 dikatakan ciptaan syaikhul Islam Ibn Taymiyah adalah
omongan dari musuh2 salafiyah, antaranya Aswaja Malaysia. yg sahih ia
tercetus dari Imam abu Hanifah”: Al-Imam Abu Hanifah An-Nu’man bin
Tsabit Al-Kufi rahimahullah (w. 150 H) berkata,
والله تعالى يدعى من أعلى لا من أسفل لأن الأسفل ليس من وصف الربوبية والألوهية في شيء
“Allah ta’ala diseru
sedang Dia berada di atas bukan di bawah, karena posisi bawah bukanlah
bagian dari sifat rububiyah dan uluhiyah sedikitpun Ruj: Al-Fiqhul
Abshath, hal. 51, sebagaimana dalam ‘Aqooidul Aimmah Al-Arba’ah fit
Tauhid, Dr. Muhammad bin AbdurRahman Al-Khumais , hal. 5. Juga dalam
kitab akidah tohawiah abu jaafar atThahawi, w.321H.